Suarafata

Bicara Minda dah Luahan Rasa Seorang Anak Muda.

Senyum. Sapa. Salam.

Senyum itu sedekah. Salam itu sunnah. Bertegur sapa mengerat ukhuwwah!

Muhasabah

Kredit untuk Khadimul Quran.

Muhasabah

Senyum dan terus melangkah.

Sang Murabbi

Almarhum Ustaz Rahmat Abdullah.

Sunday, February 12, 2012

"Maulud" Kita di Syria!

Saya sebak dan menitis air mata, menyaksi puluhan ribu anak muda dan rakyat, berikrar dan bersetia untuk mempertahankan wanita-wanita mereka. Anak-anak mereka. Ulama' mereka.

Lalu mereka bertanya sesama mereka, adakah mereka menyandar harap pada Obama? Pada Sarkozi? Pada Liga Arab? Tidak! Bahkan NUSRAH itu daripada Allah! Daripada Allah!

Di mana suara persatuan pelajar kami? Di mana?

Tidak, doa bukan semata-mata jalan. Ia jalan terakhir selepas kita berusaha sehabis daya.

Memadaikah demonstrasi di hadapan kedutaan Syria? Bagaimana dengan gerakan menyedar? Bagaimana dengan gerakan membangkit anak-anak muda mahasiswa yang terlena?

Bentuk solidariti pelajar! Hubungi seluruh kesatuan pelajar Malaysia yang ada, di setiap belahan dunia! Desak kerajaan aturkan sidang OIC. Desak kerajaan kutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim Basyar Al-Assad. Desak seluruh dunia Muslim dan Arab untuk berhenti bertelingkah, dan berpaling ke Syria. Berpaling ke Syria!

Cukuplah gemilangnya kejahatan dan kezaliman, dengan manusia-manusia baik diam membatu. Diam membisu.

Menyedihkan bagaimana kita bertelingkah soal Maulud. Percayalah, andai Baginda bersama kita, pasti dikerahnya kita membebas teman-teman di Syria. Maulud kita di sana! Maulud kita di Syria!

Tolonglah...

Saya merayu...

Tolonglah...

video