Wednesday, December 21, 2011

Selamat Berusrah Bro!


Kata orang, usrah adalah proses penurunan fikrah. Saya ingat, senior di Taman Maahadi dahulu, pernah nyatakan pada saya begitu.

Hari ini, saya fikir usrah adalah untuk membina hubungan.

Fikrah bukan untuk dipaksa-paksa. Ia datang dengan kefahaman. Kefahaman tak tercapai, tanpa persefahaman. Ertinya tak dapat tidak, ia kembali kepada soal berhubungan.

Membina hubungan.

Kenapa kata begitu? Usrah kan untuk bentuk fikrah?

Saya kata, lihatlah pada rukun usrah.

Taaruf, tafahhum dan takaful.

Saling berkenalan, bersefahaman. Dan takaful. Apa dia takaful?

Asalnya daripada kalimah كفل . Membawa makna, jamin.

Adik-adik usrah di Taman Maahadi pernah tanya, apa erti takaful? Saya tanya semula, "Di mana enta pernah jumpa takaful?"

Khali. 

Angkat bahu. Geleng-geleng.

"Ingat baik-baik. Di mana enta biasa jumpa kalimah takaful?"

"Ahah, takaful nasional!", teriak seorang adik usrah.

Saya tanya semula, "Apa makna takaful nasional?"

"Insurans", berdengung suara mereka menggumam.

"Hah! Apa dia insurans?", saya menambah persoalan.

"Kalau motor hilang, dapat ganti semula", jawab mereka.

"Jadi, risau tak motor hilang?"

"Risau juga, tapi tak risau sangat. Sebab ada insurans".

Saya kata, itulah takaful. Kita jamin sahabat kita.

"Ooo... jadi takaful bukan tolong-menolonglah?"

Ia lebih hebat daripada tolong-menolong. Saya menguntum senyum.

Dalam perjalanan kita atas jalanan da'wah ini, kita tak jadi gusar kerana adanya takaful.

Lemah? Ada teman yang akan mendorong menguatkan.

Letih? Akan ada yang bantu memapah, terus berjalan.

Rebah? Pasti ada yang menghulur tangan membantu berdiri semula.

"Takaful bukan setakat bila lapar, belanja nasi paprik di kantin atau kongsi makan gula-gula koperasi."

Berderai tawa. Haha. Senyum saya mengiringi tawa mereka.

Bukankah ketiga-tiga rukun usrah itu cerminan kepada proses pembinaan hubungan?

Namun, ketiga-tiga rukun usrah itu boleh juga dilihat dari sisi lain.

Taaruf bererti kita sama-sama berusaha mengenali Islam. Selanjutnya, ber'tafahhum' dengannya. Dan kemuncaknya, memberi jaminan kepada Islam bahawa diri kita, tenaga, harta, masa dan jiwa adalah untuk perjuangannya.

. . .

* Semoga Allah SWT menganugerahi sifu saya sebesar-besar ganjarannya atas pencerahan ini. Senyum.

* Dan untuk adik-adik Nuqaba' Jilul Nasr, juga bakal Nuqaba' di Taman Maahadi dan siapa-siapa pun yang berusrah, saya ucapkan "SELAMAT BERUSRAH, BRO!"

* Ah, dan hakikatnya, usrah ada misi besar. MELAHIRKAN INDIVIDU MUSLIM.

2 comments:

  1. Benar, banyak manfaat dalam usrah. Cuma kadang-kadang tak ramai yang benar-benar memanfaatkannya.
    Namun,usaha ini MESTI diteruskan bagi melahirkan indivudu Muslim yang berkualiti dan bakal menjadi pelapis kepada pucuk kepimpinan negara ini.

    Semoga misi besar ini berjaya :) InshaAllah.

    ReplyDelete
  2. hm, klu x silap mksud takaful 2 jgak tlah dbhas oleh ustz harun ismail dlm liqa nuqaba' 2010. naqib2 j. nasr n j.muqarrbin mgkin xdae. apepn syukran akh muiz sbb tlng peringat. Usrah nadi jemaah. nuqaba berkualiti tnjang kbrksanan tarbiah dn dkwah. mabruk ya akhi......

    ReplyDelete