Tuesday, November 1, 2011

Gundah Hati Ini, Rupanya Tarbiah Allah

Dengan nama Allah, dan selawat ke atas Rasulullah SAW saya memulai cerita hati ini.

Saya mengadu pada seorang sahabat (kalau boleh dikatakan mengadulah), bahawa saya merindui teman-teman seperjuangan di bumi Malaysia.

Kalau boleh mahu sahaja turun ber-Ijtima' Tarbawi bersama mereka, berhimpun mengunjuk rasa bersama-sama. Ingin sekali berdada dengan kezaliman demi kezaliman ke atas mahasiswa khususnya dan rakyat amnya di samping mereka.

Berusrah, berprogram . . . kalaulah boleh . . .




Apakan daya, saya terpisah ribuan batu jauhnya. Justeru, ia tinggal angan-angan dalam hati . . .

Kadang-kadang jadi mimpi . . .

Sukar.

Sungguh-sungguh sukar untuk menelan pahit realiti, walaupun saya menyedarinya. Bahawa saya perlu bangun sendiri, tidak lagi bergantung harap pada teman-teman seperti di bangku sekolah menengah, di Taman Maahadi. Bahawa medan dan waqie saya adalah di sini, di bumi Mutah, Jordan ini!

Saya masih merindui mereka. Berharap nasihat-nasihat daripada mereka tatkala ada masalah mendatang. Berharap ada bantuan-bantuan mereka waktu susah, atau huluran tangan ketika rebah.

Lalu, sahabat itu - yang seringkali saya susah-susahkan sejak datang ke sini - berpesan, dengan pesan penuh erti :

"Cuba latih diri menerima hakikat mereka sudah tiada, dan menghadapi tarbiah Allah menarik penggantungan kita dengan segala makhluk . . ."

Allahu allah . . .

Rupanya gundah dan gulana hati ini adalah bicara Allah untukku. Allah sedang mengajar SABAR dan IKHLAS.

Allah sedang mendidik diri ini, supaya mendahulukan penggantungan kepada dia. Bukan teman-teman, bukan keluarga. Kerana teman dan keluarga itu sementara. Sedangkan Allah jualah yang kekal selamanya, Dialah sebaik-baik tempat bergantung harap.

"Astaghfirullah . . . ampuni aku Ya Allah, ampuni kelalaian aku . . ."
"Teman-teman doakan aku ya . . ."

* rindu dimarahi Ummi



3 comments:

  1. salam, Din.

    tanam pokok durian kat situ. akhir pengajian, boleh makanlah. durian Jordan mesti lagi manis sebab dekat ngan kurma.

    =)

    ReplyDelete
  2. HAHA. Terima kasih kerana buat aku senyum kawan . . .

    ReplyDelete
  3. Pasti DIA akan menghadiahi jua kita dengan teman-teman seperjuangan di daerah baru ini.

    Pintalah yang TERBAIK dariNya.

    ReplyDelete