Saturday, September 24, 2011

SOS Somalia MPPMJ

Ada beberapa perkara yang saya ingin kongsi. Rasa gembira tiba di Jordan misalnya. Mutiara-mutiara berharga yang dikutip melalui Minggu Haluan Siswa (MHS) anjuran Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah Jordan (PERMATA) juga. Serta penghargaan buat ramai pihak yang membantu saya daripada banyak segi hingga saya berjaya tiba ke bumi bertuah penuh barakah ini.

Namun, semuanya saya tangguhkan. Entri ini lebih mencuit rasa hati saya.

Saya berharap, dengan sebesar-besar harapan agar sahabat-sahabat yang membaca atau mengikuti blog saya - khususnya entri yang ini, dapat membantu - sumbang atau sebar. Saya dahului dengan Jazaaka/illah ahsanal jazaa'.


Saya tiba di sini, dan merungut . . . hari-hari makan roti. Rindu pada masakan Ummi, masakan melayu. Nasi di sini mahal, syawarma dan roti falafil yang 'indah' bau pada rasa.

Dan kemudian, saya ditunjukkan dengan video ini.

video

Sahabat,

Saya rasa hina kerana merungut.

Sebak . . .

Betapa ada saudara-saudara kita, saudara seaqidah dan syahadah yang hidup serba kepayahan. Ayuh sahabat-sahabat, salurkan derma kalian melalui akaun Maybank 153104163962 atas nama Nik Muhd Faiz bin Nik Azlan (wakil MPPMJ bagi zon Mu'tah). Saya dimaklumkan, kutipan akan berakhir pada 30 haribulan September nanti. Di Jordan ini, seluruh ahli - pelajar diwajibkan MPPMJ supaya mendermakan sekurang-kurangnya JD1 setiap seorang - ramai juga yang menyumbang lebih.

Laman rasmi MPPMJ (Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan) klik di sini untuk maklumat lanjut.

Sahabat-sahabat pembaca yang bukan di Jordan - tidak kira di ceruk manapun kalian berada, bantu sebarkan maklumat ini, isu ini. Sekiranya berkemampuan, hulurkan derma juga. Tidak kira betapa kecilpun nilainya, ia tetap sangat-sangat besar dan berharga buat saudara kita di sana. Saya sangat-sangat kesal kerana tidak mengikuti isu ini dengan baik sejak awal-awal lagi.

Diceritakan kepada saya, kisah kanak-kanak Palestin yang membawa banyak syiling di dalam poketnya. Ditanya kenapa, maka dijawab si kecil. "Aku kumpul untuk derma kepada saudara di Somalia."

Allahuakbar!


"THE LAND HAS DRIED OUT, BUT OUR HEARTS HAVEN'T"

0 comments:

Post a Comment