Sunday, April 17, 2011

Uhibbukum!

"Wahai saudaraku..aku menangis apabila aku mengenangkan kata2 mu...ia menusuk hatiku..bolehkah saya bertemu kamu wahai saudara muizzudin??perkenalkan diriku...Yutaka@Aiman".

Begitu, antara komen yang saya terima.

Dan, lama sungguh masa yang saya perlukan untuk mencari  kata-kata untuk membalasnya. Sahabatku, tiadalah yang lebih baik mampu saya ungkapkan melain ALHAMDULILLAH!

Betapa hebat dan agungnya ketentuan Allah yang menyusun dan mengatur perjalanan kehidupan kita ini.

Syukur pada Allah, biar belum bertemu, namun hati kita sudah tertaut. Cukup kerana Allah Yang Maha Esa! Cukup kerana mengikuti contoh dan didikan Nabi SAW yang mulia, serta jalan perjuangan yang kita sertai bersama ini.

Moga kita bertemu, InsyaALLAH!

p/s Juga buat semua yang membantu dan menyokong, ahli keluarga saya, sahabat-sahabat saya, sahabat-sahabat 'maya' saya (yang belum berjumpa di alam realiti ini) dan semuanya! Syukur pada Allah kerana 'menemukan' dan 'mengikat' kita bersama. Kalianlah pendorong dan penguat semangat!

Banyak sungguh mesej yang tak mampu saya balas. Namun, ketahuilah, kalian sangat-sangat saya hargai.

Moga Allah rahmati kalian, moga Allah pelihara dan tetapkan hati kita semua di jalan-Nya. InsyaALLAH!

Uhibbukum!!

0 comments:

Post a Comment