Wednesday, April 13, 2011

Ijtima' Kepimpinan Pelajar : Gabungan Pimpinan Maahad

Saya turut merasa bangga (terkenalah sedikit tempiasnya), apabila Presiden GAMIS menulis di 'wall'nya, "GAPIM adik GAMIS".

Walaupun terlibat 'jauh-jauh' sahaja, tetap bangga dan gembira melihat usaha adik-adik, guru-guru dan semua pihak yang terlibat langsung ataupun tidak dalam mengagaskan GAPIM! Gabungan Pimpinan Maahad yang dibentuk hasil kesatuan pimpinan-pimpinan pelajar daripada 23 buah Maahad-maahad Yayasan Islam Kelantan.

Ijtima' Kepimpinan Pelajar tempoh hari (1 dan 2 April) berlangsung dengan meriah dan jayanya. AlhamduliLlah. Terima kasih juga kepada pimpinan GAPIM menjemput saya untuk memudahcara forum. Gembira dapat menyumbang sekadar termampu.

Moga kalian terus teguh mengorak langkah. Percaya dan yakinlah, kalian sedang mendepani zaman! Berbanggalah kalian menjadi pilihan ALLAH!




2 comments: