Monday, April 18, 2011

Hormati Guru & Teguran untuk Cikgu Shida dari Parit

Saya menulis di sebuah Cyber Cafe berhampiran rumah sewa di Kota Bharu. Aduh, bingit telinga dengan dentuman muzik! Tapi, usaha juga untuk menulis. Kita tidak KALAH dengan 'arus'! InsyaALLAH!

Hormati Guru
AlhamduliLlah, sedikit pengalaman mengikuti pengajian dalam bentuk Talaqqi banyak memberi pengajaran dan manfaat buat saya. Ilmunya satu hal, nilai-nilai murni seiringnya itu hal lain.

Dalam pengajian Talaqqi, betapa kita diajar menghormati guru di hadapan. Kerana, itulah sumber berkat yang memperkuat kefahaman kita terhadap ilmu yang disampaikan.

Kata orang Kelantan, 'menadah kitab'. Anak murid akan duduk bersila dan berhimpit-himpit ke arah guru tanpa mengira beza umur. Bahkan kadang-kadang, kita akan duduk bersebelahan dengan guru kita yang lain yang turut sama mengikuti pengajian guru di hadapan!

Menadah itu, ertinya kita letakkan diri kita lebih rendah. Bukankah bekas untuk menadah sesuatu mesti lebih rendah? Ini, antara sekian banyaknya nilai yang dapat kita perolehi.

Guru, walau apa sekalipun ilmu yang diajarnya kepada kita, WAJIB dihormati. Guru yang mengajar kita baca-kira-tulis, matematik, sains WAJIB dihormati. Apatah lagi yang mengajar Aqidah, Fiqah dan Akhlak.

Kerana, guru itu kerjanya bukan sahaja mengajar ilmu. Lebih penting, mereka mendidik kita. Apa yang kita jadi hari ini, besar sekali adalah daripada apa yang kita perolehi daripada guru kita dahulu.

Imam Syafie RH sudah menunjukkan kita mengenai akhlak dengan 'guru'. Imam Syafie menobatkan seorang kafir sebagai gurunya, kerana telah mengajar beliau mengenai cara mengenalpasti jantina anjing berdasarkan cara binatang tersebut membuang air! Nah, apatah lagi guru-guru yang mendidik dan memberi kita ilmu yang lebih penting, ilmu-ilmu yang menjadikan kita manusia berguna.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz menekankan peri-pentingnya untuk bersama, membiasakan diri dan menyontohi guru-guru dan para Ulama'. Membiasakan diri bersama guru dan para Ulama' sebagai satu cara penting untuk mendidik diri dan membentuk jiwa kita.

Ia adalah sunnah! RasuluLlah SAW bersama para sahabat. Sahabat-sahabat melihat cara RasuluLlah SAW tidur, makan, solat. Bersama Baginda dalam peperangan, dalam musafir, dalam KEHIDUPAN malahan! Itulah MULAZAMAH kata TN Guru Nik Aziz.

Maka begitulah jua, cara yang perlu kita contohi. Bagi seorang penuntut ilmu, penting untuk kita ber'mulazamah' bersama guru dan para Ulama'. Bagi para guru pula, perlu mereka tunjukkan contoh tauladan yang baik dan selari dengan Islam. Kerana, peribadi guru itu akan sangat memberi bekas kepada pelajar mereka.

Cikgu Shida dari Parit
Saya sedih sekali, melihat guru yang begitu popular di ruang maya itu. 'Unik' sungguh cara 'menarik minat' pelajarnya.

Saya fikir, guru tugasnya bukan sahaja memastikan pelajarnya cemerlang dalam peperiksaan. Pentingnya, kerja guru itu mendidik jiwa dan peribadi pelajar, bukan begitu?

Saya gusar sekali, dengan jiwa para pelajar yang bakal terbentuk daripada 'cara didikan' sebegitu rupa.

Juga, imej guru-guru lain yang tampak hodoh kerana 'nila setitik' itu.

Kalau betul pun mahu 'mempelbagaikan' cara, atau sekadar 'suka-suka', kita orang beragama. Ada cara dan batasnya dalam mencari kepelbagaian dan bersuka-suka.

"Cikgu, saya pohon, berhentilah. Tidak kena benar nampaknya cara cikgu.Tidak kena dengan akhlak seorang muslimah. Bahkan tidak kena dengan imej seorang guru. Kita sudah punya ramai artis-artis melayu yang lebih barat daripada barat untuk kerja-kerja 'ini'."

p/s Saya bimbang benar, 'cara' ini akhirnya menjadi suatu cara yang diterima. Dan, entah bagaimanalah generasi pelajar yang lahir lewat didikan sebegini rupa. NauzubiLlah..


15 comments:

  1. emm..ada betulnya apa yg dikatakan... renung2kan..

    ReplyDelete
  2. Cikgu... bukan nak kutuk ... tapi tak elok... dan tak manis.... sebagai cikgu... high level educated sepatut nye menampilkan teladan yg bagus....mcmnie keterlaluan... ini bukan ROCK... ini ... ROSAK!!!!

    ReplyDelete
  3. masyallah penerangan anda sangat bagus... saya sokong.. saya membuang undi terhadap anda... teruskan perjuangan dakwah anda...

    ReplyDelete
  4. m'didik ade byk cra...mgkn ini cra cikgu shida uat trik minat pljarnye...bgi kte rse agk k'tlaluan...mgkn ini cra p'dekatan cikgu shida dgn mrid utk lbh sng b'komunikasi...

    ReplyDelete
  5. Mendidik banyak cara,tapi jangan keterlaluan,niat asal nak jadikan daya penarik,takut nanti jadi sebati dengan diri dan anak murid ikut sekali..na'uzubillah...

    teruskan menulis dik...Allahu yubarik fik..

    ReplyDelete
  6. zaman sekarang..kerjaya guru hanya untuk gaji..setuju?

    ReplyDelete
  7. Saya sokong ...saya pun guru jugak.saya memang malu n tak rasa dia tu ada kewarasan,sakit mental barangkali


    mzaiemo:janganlah cakap macam tu,matlamat utama kami ialah untuk memberi ilmu,tipulah kalau kata bekerja bukan untuk gaji,awak bekerja sekarang ni pun nak gaji jugak kan?berhati-hati bila menutur kata ye dear.

    entri terkini:
    http://noipunyablog.blogspot.com/2011/04/gelakkan-anak-murid.html

    ReplyDelete
  8. betul cikgu adalah utk m/didik... tapi cara begini bukan untuk mendidik...ini mengajar.. mengajar maksud nye lain..mendidik maksud nye lain... byk cara yg lain utk menarik minat pelajar utk belajar.. anda adalah cikgu patut berfikir mcm cikgu... bukan pelawk...

    ReplyDelete
  9. saya harap cikgu shida fikir dengan lebih rasional lagi..fikir kata pepatah...CIKGU KENCING BERDIRI,MURID PULA KENCING BERLARI..hurmm....

    ReplyDelete
  10. cikgu wajar dihormati jika benar2 mendidik, tapi kalau da menghancurkan bebudak, sape nak hormat?

    ReplyDelete
  11. harap2 cikgu shida ni dpt merubah sikap pelajar2 dri yg buruk kepada yg baik.. bukan sebaliknya..

    ReplyDelete