Wednesday, April 13, 2011

Catatan..

Aduh! Entah berapa ramai 'blogwalkers' dan 'followers' yang saya kecewakan. SuaraFata terbiar sepi, seoalah-olah ia bukan milik sesiapa. Tertinggal tak terurus.Bahkan mungkin ada yang terfikir, SF hanya semata wadah untuk 'surat-surat terbuka'.

Samada saya tak berkesempatan, ataupun saya tiada idea, saya sendiri masih terfikir-fikir apa puncanya (daripada fikir punca, baik difikirkan idea 'kan?).

Hendak kata tiada idea, ada! Tiada isu, berlambak isu yang boleh diketengahkan. Masa? Rasanya, saya tidaklah terlalu sibuk.

Apapun, buat yang kecewa, saya pohon jutaan ampun dan maaf! Saya tidak dan bukan sengaja.

Sejak tamat menduduki STAM di Maahad Muhammadi Lelaki, lama benar saya tidak berprogram (program yang memerlukan saya bermalam bersama pesertanya).

Yang adapun, hanya yang ringkas. Paling lama, seharian.

AlhamduliLlah, kekosongan ini terisi kembali. Al-Fadhil Ustaz Khairul Anuar (mantan Presiden PMRAM) menjemput saya dan sahabat-sahabat untuk membantunya mengurus Kem Kepimpinan sekolahnya, Maahad Tahfiz Sains Yaakubiyyah (MTSY).

Dan, kini, tiba-tiba, hujung minggu jadi padat. Penuh dengan program!!

Moga-moga semuanya jadi manfaat buat saya dan peserta-pesertanya. Apa yang ada pada saya, kita pakat-pakat kongsi bersama. Lagipun, sepanjang berprogram, pasti ada sahaja pengalaman dan pengajaran yang saya perolehi daripada Ustaz-ustaz, sahabat-sahabat bahkan adik-adik peserta. AlhamduliLlah!

Bak kata Murabbi kami, Abe Jo, kadang-kadang Allah beri kita ni'mat dengan 'kita memberi pengisian'. Tak semestinya kita menerima ilmu itu sahaja ni'mat. Kadang-kadang, peluang kita berkongsi , memberi, itu ni'mat yang lebih ni'mat daripada sekadar menerima.

Pentingnya, kita bersedia 'menerima' supaya bersedia 'memberi' nantinya. Bersedia diTarbiyyah untuk menTarbiyyah!

"Allah, moga terus hiduplah HATI-HATI kami!"

p/s Bahkan sudah rindu pada adik-adik Usrah daripada MTSY (Syamil, Nazhif, Baith, Halim, Badrul, Muhammad, Akmal, Anas dan Amer). Moga kalian jadi Huffaz terbilang, yang al-Quran itu tidak sekadar lancar di lidah, bahkan subur di 'dada' menjadi peribadi mulia!



3 comments:

  1. p/s ni gambr fasi, bkn peserta.

    rasa kasih, ALlah curah ketika brprogram, kemudian rindu selepas program. waimma, serahkan kembali rasa itu kepada pemilikNya agar ia menjadi amalan soleh., sebelum dimanipulasi menjadi toleh.

    Din..

    ReplyDelete
  2. maaflah. tak dapat nak masukkan gambar peserta. sebab, tak ada gambar ^^

    Sir Iqbal : "Aku sayang kau!"

    ReplyDelete
  3. cantik gambar.. hasil dari blackberry ni..

    ReplyDelete