Friday, March 4, 2011

Surat Terbuka untuk Datin Seri Rosmah Mansor

Assalamualaikum Datin Seri. Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH, andai diizinkanNya, Julai nanti genaplah usia saya 19 tahun.

Saya perkenalkan diri, sebagai remaja yang ingin tahu. Apa jua medium yang termampu saya pergunakan, saya usahakan sebaiknya agar saya dapat mengikuti perkembangan semasa, khususnya berkenaan negara Malaysia yang tercinta ini.

Iya, Datin Seri. Umur saya, sangat muda. Kedudukan saya, jauh benarlah kiranya dibandingkan dengan Datin Seri. Namun, saya yakin dan percaya, andai umurlah yang menjadi penentu kelayakan seseorang untuk bersuara, tidaklah layak sama sekali untuk suami Datin Seri memegang amanah pentadbiran negara sekarang, kerana di luar sana terdapat ramai yang lebih tua usianya!

Tegas saya, saya adalah remaja yang memerhati. Saya tidak mahu, sekadar menjadi manusia yang kerjanya memuaskan tembolok sendiri. Tidak juga hanya terpaku di bilik darjah, ‘menelan’ buku teks sekolah. Saya percaya, erti hidup pada memberi!

Datin Seri Rosmah Mansur yang saya hormati,
Saya pohon jutaan kemaafan, andai surat kecil ini menyinggung Datin Seri. Saya tidak berniat untuk menyakiti hati Datin Seri, jauh sekali memburuk-burukkan. Surat kecil ini, hanyalah usaha kerdil saya, menyampaikan isi hati. Ia hanyalah suara hati dan pandangan seorang anak muda.

KASIH SAYANG KEPADA RAKYAT

Datin Seri,
Pernah suatu pagi, saya dibawa ibu untuk menziarahi jenazah anak tunggal seorang jiran kami. Kanak-kanak kecil itu, baru berusia 6 tahun. Khairani namanya. Runtun rasa di hati, sebaik melihat keadaan rumah tempat tinggalnya kanak-kanak itu bersama ibunya. Saya cuba membayangkan, bagaimanalah andainya hujan lebat menimpa bumbung rumah itu. Atapnya berlubang-lubang, hinggakan saya fikir memadai dengan cahaya matahari yang ‘mencuri’ masuk melaluinya untuk menyinari ruang dalam rumah daif itu. Saya terpaksa melangkah berhati-hati, kerana lantainya berkeriut dan goyah sekali.

Hadir insaf dan syukur di dalam hati saya, bahawa betapa saya memiliki hidup yang jauh lebih baik dan selesa berbanding ramai lagi rakyat kebanyakan.

Di sekolah, saya punyai rakan-rakan yang sulit sekali melangsaikan yuran bulanan asrama. Bukan culas, bukan malas, tetapi kesempitan hidup menyukarkan mereka. Adik-beradik ramai yang masih bersekolah, ditambah taraf hidup dan kos keperluan yang kian meningkat dari sehari ke sehari, semuanya membebankan!

Datin Seri,
Sungguh saya tidak mampu mengelakkan rasa kecewa, apabila mengetahui yang Datin Seri bermalam di sebuah hotel di Dubai dengan kos melebihi RM100, 000 semalaman. Sehingga ke hari ini, saya  masih teringatkan rumah daif adik Khairani, juga nasib ramai lagi yang saya temui sepanjang umur ini. Saya tahu, betapa besarnya urusan Datin Seri, juga kedudukan Datin Seri. Mungkin memang Datin Seri berhak, tetapi, apakah Datin Seri langsung tidak teringatkan kami, rakyat yang kesusahan? Apakah Datin Seri langsung tidak terfikirkan nasib ratusan, ribuan lagi rakyat yang tidak bernasib baik?

Apakah tiada langsung rasa bersalah di hati Datin Seri? Rasa bersalah kerana tinggal hanya untuk semalaman tetapi dengan kos yang boleh menyamai lebih kurang pendapatan selama 66 bulan bagi 40 peratus rakyat Malaysia! 40 peratus inilah rakyat yang pendapatan bulanan bagi setiap keluarga adalah lebih rendah daripada RM1500 sebulan. Bahkan setiap 3 daripada 4 keluarga ini, adalah sebangsa dengan Datin Seri, bangsa MELAYU!

Atau apakah Datin Seri tidur dengan lena malam itu?

Hingga hari ini, sudah bertahun saya tidak ke restoran Pizza Hut, McDonald dan seumpamanya. Kerana cukup dengan hanya melihat dari jauh, hadir rasa pilu mengenangkan saudara-saudara seagama, anak-anak muda seusia saya atau kanak-kanak, wanita dan orang tua yang dibunuh kejam di Palestin oleh rejim zalim Israel hasil sumbangan restoran-restoran ini.

Ia dipanggil, kasih sayang Datin Seri. Maafkan saya, tetapi saya terpaksa bertanya, apakah tiada langsung walau secebis pun rasa kasihan kepada rakyat Malaysia yang hidup serba kesusahan? Rakyat yang terpaksa melupakan impian dan keinginan kerana kesempitan hidup, namun terpaksa pula menanggung kos penginapan Datin Seri dan rombongan di luar negara untuk hanya semalaman!? Bayangkan pula kos penerbangan untuk keseluruhan rombongan selain daripada penginapan!

Peningkatan kos sara hidup waktu ini, sangatlah membebankan. Suami Datin Seri berterusan meminta seluruh rakyat berjimat, sedangkan isterinya? Hasil tindakan kerajaan pimpinan suami Datin Seri, mengurangkan subsidi untuk rakyat terbanyak sedangkan untuk para taukeh-taukeh besar dikekalkan, juga ‘penyelarasan-penyelarasan’ harga, teramatlah menyulitkan kami semua.

Sungguh Datin Seri, kami sangat terbeban meskipun harga petrol dinaikkan walau beberapa sen. Ia akan mempengaruhi seluruh kehidupan kami. Harga makanan, pakaian, kos pengangkutan dan semuanya akan semakin menyulitkan kami. Saban hari, saya melihat ibu mengeluh kerana gajinya sukar sekali untuk disimpan, ia sekadar mencukupi untuk setiap bulan.

Kami rakyat tidak meminta Datin Seri turut menaiki kereta biasa atau tinggal di rumah biasa seperti kami. Hanya yang kami rakyat pinta, supaya Datin Seri dan suami menyelami hakikat kesukaran yang terpaksa kami tempuhi.

Malangnya, tindakan Datin Seri berbelanja mewah begini adalah sama sekali tidak menggambarkan Datin Seri dan suami bersama-sama kami. Sungguh, ini amat mengecewakan saya. Sukar sekali untuk saya mewajarkannya. Maafkan saya Datin Seri, sungguh ia tidak dapat saya terima.

IFF dan ISLAM

Datin Seri yang dihormati,
Tiadalah yang lebih mengecewakan dan membangkitkan kemarahan, melainkan ketika melihat Datin Seri dan suami di Festival Fesyen Islam Monaco. Bagaimana tidak, pakaian yang diperagakan langsung tidak menggambarkan Islam! Langsung tidak menutup aurat, menampakkan bahagian-bahagian yang sepatutnya sulit dan yang paling dahsyatnya, nama RasuluLlah SAW yang mulia tertera pada pakaian yang tidak menutup aurat!

Apakah Datin Seri tidak menyedari, bagaimana kemarahan yang telah Datin Seri cetuskan? Nama RasuluLlah SAW yang mulia dihina sebegitu rupa! Namanya cukup mulia, hinggakan apabila disebut namanya, dikira manusia yang paling kikir sekiranya tidak dipanjangkan nama itu dengan selawat ke atasnya. Tiba-tiba, nama itu dihina sebegitu rupa! Bahkan, Datin Seri yang menghadapi teguran, kritikan, kecaman dan tunjuk rasa langsung tidak memohon maaf. Langsung tidak!

Sedangkan para Ulama’ masih berbahas, bagaimana cara paling baik untuk mengagungkan Manusia Mulia ini, tiba-tiba Datin Seri kelihatan meredhai perbuatan yang jelas MENGHINA Baginda Nabi SAW!

Sebenarnya, Datin Seri sudah dari awal menunjukkan kecekalan Datin Seri melanggar syariat Allah. Datin Seri tidak menutup aurat, bersentuhan, berlaga pipi dan berpelukan dengan lelaki bukan mahram yang disepakati sekalian Ulama’ sebagai perbuatan yang HARAM!

Menyentuh anjing atau khinzir, hukumnya juga Haram (ralat ; kesilapan saya). Namun, hilang kotornya dengan perbuatan menyamak. Malangnya, tiada apa yang mampu ‘membersihkan’ haram dan kotornya nya menyentuh lelaki ajnabi kecuali API NERAKA!

Lalu, dengan semua perlakuan Datin Seri, apakah mungkin Datin Seri fikir kami rakyat akan menerima dakwaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa kerajaan pimpinannya berusaha keras berjuang demi Islam dan bangsa. Sedangkan isterinya sendiri, tidak memelihara Akhlak dan Syariat Islam, juga adab-adab kesantunan Melayu malahan!

RAKYAT MENGIKUTI PEMIMPIN MEREKA

Kata ahli hikmah, “Agama manusia itu, di atas Pemimpin mereka”. Tinggi sahsiahnya, baik akhlaknya, ikhlas hatinya, patuh dan taat kepada Allah, maka begitulah jua rakyatnya. Rakyat akan terpengaruh dengan ketua mereka.

Malaysia hari ini, dalam keadaan yang benar-benar dahsyat bagi saya. Setiap masa perlu di dalam keadaan berjaga-jaga, kerana penjenayah menunggu kita alpa. Gerun saya melihatkan kanak-kanak yang bermain sendirian di halaman rumah, bimbang kalau-kalau ada manusia busuk hati yang berniat jahat kerana jenayah hari ini langsung tidak mengenal beza usia!

Budaya Hedonisme melampau. Nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan. Remaja Melayu Muslim tidak segan silu memakai pakaian yang jauh menyimpang daripada Islam dan adab Melayu. Tidak kekok mengogok arak di pesta-pesta jamuan nafsu. Saban hari ada sahaja kes bunuh bayi lewat pergaulan tanpa batas! Hari ini, remaja mati dengan sia-sia. Samada mati dalam ketagihan najis dadah, atau kemalangan dalam perlumbaan haram!

Bahkan seribu satu lagi, penyakit-penyakit sosial yang sedang membarah, membusuk di dalam negara tercinta!

Bukanlah saya menuding jari kepada Datin Seri dan suami, saya akui malahan, bahawa Datin Seri kelihatan cuba berusaha sedikit sebanyak bagi menangani masalah-masalah ini. Namun, hakikatnya, keadaan rakyat sesuai dengan keadaan pemimpinnya!

Manusia yang jelas disabitkan kesalahan rasuah, diangkat menjadi pemimpin! Manakala pemimpin lain yang mengkritik tindakan ini, di arah supaya tutup mulut dan diambil tindakan! Apa sudah jadi pada negara!? Sedangkan Nabi SAW bersabda, “Apabila amanah diberikan kepada BUKAN ahlinya, maka tunggulah KEHANCURAN!”

Pemimpin negara tidak memelihara adab pergaulan Islam, tidak memelihara batas aurat, berbelanja boros tanpa timbang rasa kepada rakyat, justeru, bagaimana mungkin kita mengharapkan yang baik-baik daripada rakyat?

Saya gerun melihat perkembangan ini, Datin Seri. Hari ini, kita mengeluh kerana ramainya anak-anak luar nikah yang didaftarkan. Bayangkanlah, apa yang mungkin kita keluhkan 5 atau 10 tahun akan datang!

Antara sifat agama kita, INQILABIYYAH Datin Seri. Ertinya, adil dan zalim mustahil begerak seiring. Kebenaran dan kebatilan sama sekali tidak akan bercampur. Syariat Islam dan yang bercanggah dengannya, pasti tidak akan ditemui titik temu antara keduanya. Justeru, Datin Seri berusahalah sehebat manapun untuk memperbaiki masalah sosial, gejala buang bayi dan sebagainya, selagi suami dan kerajaan Datin Seri terus mengesampingkan hukum Allah, dasar Allah, syariat Allah, maka Datin Seri tidak akan BERJAYA! Berani saya kata!

Bagaimana tidak? Datin Seri berusaha mengelakkan masalah bunuh bayi yang kita semua maklum ia bermula daripada pergaulan bebas, sedangkan hub hiburan malam, lesen judi dan konsert-konsert mega sebenarnya adalah penyumbang besar kepada masalah ini! Kerajaan pimpinan suami Datin Seri, umpama membina dan meruntuhkannya semula. Bina dan runtuh, kemudian bina dan runtuhkan lagi. Itulah kitarannya.

KUASA

Datin Seri keluar negara untuk bertemu pemimpin negara luar, pernah juga Datin Seri menyambut kehadiran Perdana Menteri luar negara ke Malaysia, dana RM111 juta untuk PERMATA, pertemuan First Lady dan liputan-liputan meluas setiap aktiviti Datin Seri di media dalam dan luar negara, itu bagi saya menunjukkan yang Datin Seri seolah-olah punya kuasa di dalam pentadbiran negara.

Justeru, sebagai anak muda yang penuh persoalan di minda, saya bertanya dengan baik, bagaimana ini semua berlaku? Sedangkan, kami rakyat tidak pernah melantik Datin Seri sebagai pemimpin negara. Suami Datin Seri yang memimpin kerajaan yang telah dipilih rakyat melalui proses Pilihan Raya! Atau apakah dengan hanya menjadi isteri kepadanya, menjadikan Datin Seri turut berkuasa?

Datin Seri pasti tahu, berkenaan kebangkitan rakyat yang menyemarak di Timur Tengah. Kerajaan yang tidak bertimbang rasa diterjah dan dihalau rakyat! Antara isunya ialah bagaimana berkuasa dan kaya rayanya isteri kepada pemimpin-pemimpin yang telah tumbang itu.

Saya cintakan negara saya. Tidak sanggup saya melihat negara porak peranda, namun, kiranya Datin Seri berterusan mengikut jejak langkah isteri-isteri pemimpin yang tumbang itu, maka mungkin Datin Seri dan suami boleh menerima nasib yang sama. Kami rakyat semakin tidak tertanggung lagi dengan tekanan-tekanan kewangan dan keperluan hidup sekarang!

Datin Seri,
Surat ini bukanlah ancaman, bukan juga ugutan. Ia sekadar luahan rasa, nasihat dan pandangan yang cuba seorang anak muda sampaikan. Ingin benar saya ingatkan, kedudukan yang Datin Seri nikmati hari ini, adalah kerana rakyat memilih suami Datin Seri. Kuasa di tangan kami, untuk menentukan jatuh dan bangunnya Datin Seri dan suami. Dan sebenarnya, kami rakyat hanyalah ‘jalan’ bagi Allah untuk mengatur ketentuan ini, Allah jualah yang meletakkan kekuasaan kepada sesiapa yang dikehendakinya.

Justeru, berbaiklah dengan kami. Patuhilah suruhan Allah. Kami tidak pinta lebih, sekadar bertimbang-rasa untuk kami.

Datin Seri yang dihormati,
Surat ini mungkin sampai ke tangan Datin Seri. Mungkin sampai sendiri, atau terhenti di tangan pembantu-pembantu Datin Seri atau tidak mampu hampir sama sekali. Kiranya ia selamat sampai ke tangan Datin Seri, saya pohon maaf, kalaulah surat kecil saya ini mengguris rasa Datin Seri. Maafkan saya, kalau ia kerana kesilapan-kesilapan bahasa dan cara penulisan. Namun, andainya Datin Seri terasa hati kerana menerima teguran, tidak akan saya pohon maaf untuk itu! Teguran ini adalah benar, justeru tiada apa yang perlu saya risaukan dengan kebenaran. Ia pasti menang dan tertegak!

Inilah PENCAK kami! PENCAK ANAK MUDA!

72 comments:

  1. nice word, betol apa yg disampaikan...

    btw, pegang babi tidaklah haram

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anjing dan babi itu jika dipegang, bukanlah haram. Kerana mereka adalah najis. Tidak pernah jatuh hukum pegang najis itu haram. Cuma, kita hendaklah bersuci dari najis setelah memegangnya.

      Delete
    2. Anjing dan babi itu jika dipegang, bukanlah haram. Kerana mereka adalah najis. Tidak pernah jatuh hukum pegang najis itu haram. Cuma, kita hendaklah bersuci dari najis setelah memegangnya.

      Delete
    3. Anjing dan babi itu jika dipegang, bukanlah haram. Kerana mereka adalah najis. Tidak pernah jatuh hukum pegang najis itu haram. Cuma, kita hendaklah bersuci dari najis setelah memegangnya.

      Delete
    4. Tak haram nak pegang
      kalau terpaksa.Lepas tu kena samak..cuma haram makan daging nye sahaja..

      Delete
  2. Well said. Tahniah atas surat anda brother Muizzuddin! Moga surat ini sampai kepada the so-called FLOM (First Lady of Malaysia) tersebut.

    p/s: Betul, pegang babi TIDAK HARAM, cuma babi adalah najis mughallazah (berat). Jika tersentuh atau terpaksa sentuh babi atau anjing, maka kena samak untuk sucikan.

    Yang HARAM dan BERDOSA adalah MAKAN babi dan anjing. Moga dapat diperbetulkan.

    (Sentuh babi dan anjing pun tak haram n boleh disucikan..tapi sentuh bukan muhrim?? HARAM dan BERTAUBAT la untuk menyucikannya..Betapa buruknya menyentuh BUKAN MUHRIM berbanding menyentuh BABI)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...haram bila lelaki dgn perempuan bersentuhan...dari pegang orang bukan muhrim,baik pegang babi,boleh sucikan...

      Delete
  3. Assalamualaikum sahabatku!

    Sungguh gelora didadaku ini semakin bergelojak. Setelah membaca nukilanmu ini jiwaku meronta!. mengapa ditahap ini 'pemimpin kita'!

    Daku berdoa semoga Allah terus memberikan kepadamu RahmatNya agar dirimu sahabatku bisa terus menulis dan terus meluahkan gumpalan hiba hati anak muda!

    Dirimu dan caramu sungguh kukagumi!

    Salam Perjuangan sahabatku!

    ReplyDelete
  4. Semoga perjuangan ini berkekalan dan di rahmati allah...amin..teruskan menulis..

    ReplyDelete
  5. AstaghfiruLlah, Allah jualah yg Maha Sempurna.

    Maafkn saya ats kesilapan (sentuh khinzir : haram)

    Terima kasih kepada sahabat yg membetulkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf, boleh enta terangkan bagaimana dengan hanya menyentuh khinzir, jatuh hukum haram?? melalui pemahaman ana, hanya makan khinzir yang haram. mungkin enta ada penjelasannya beserta dalil atau pandangan ulama. syukran..

      Delete
    2. Kesilapan saya. Maaf.

      Waktu mengarang tulisan ini, saya teringatkan satu karikatur, seorang lelaki sedang berpimpinan tangan dengan kekasihnya. Lalu terserempak seekor khinzir. Tiba-tiba lelaki itu menjerit "Haram!"

      Lucunya, dengan khinzir cepat dikata haram. Tapi diri sedang berpegangan tangan dengan bukan mahram yang jauh lebih haram.

      Entah macam mana, saya tertulis hukum sentuh khinzir itu jadi haram.

      Aduh. Maafkan silap saya.

      Delete
  6. syabas!!

    awk dh luahkan apa yang terpendam dlm hati rmai rakyat.. rakyat yg x mmpu nk bertnya n berkata2 terhadap pemimpin spt PM n Istri.. moga2.. Datin seri baca n fikir n bertaubat. moga dye btulkan apa yang salah...

    semoga pemimpin kita sedar bhw..klu dh taw pemimpin malaysia hnya layak dipilih dr kaum melayu yg beragama islam.. maka, pimpinlah malaysia dgn cara islam.. bangunkan malaysia cara islam...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum~
    tahniah ustaz, benar usia bukan penghalang untuk kita bersuara,,

    ssgguhnya kami para remaja sgt bangga dgn ustaz yg mmbawa suara hati jiwa remaja yg cintakn Islam! usaha kcil ini yg insyaAllah mmbuka mata hati pemimpin,, jika tidak,biarlah ia mmbuka mata hati mereka yg mmbenarkan para pemimpin ini berkuasa..!
    ~moga segalanya diberkati~

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum

    tahniah atas nukilan teguran ini...
    pasti banyak minda yang terbuka luas setelah membaca nukilan ini....
    saya turut terfikir dan akan terus terfikir....
    --semoga perjuangan KITA SEBAGAI REMAJA MALAYSIA akan mendapat PETUNJUK dan HIDAYAH ALLAH S.W.T~~~
    ^__^

    ReplyDelete
  9. assalammualaikum..
    semoga apa yang disampaikan akan diterima dengan baik oleh yang berkenaan.. x salah untuk kamu bersuara.. saya menyokong apa yang kamu perkatakan.

    ReplyDelete
  10. setiap kebatilan perlu dibetulkan

    setiap kekotoran perlu dibersihkan

    setiap kelukaan perlu diubatkan

    setiap kebenaran perlu disebar luaskan

    setiap yang zalim perlu DIJATUHKAN.

    ReplyDelete
  11. pd akhir zmn kita diperintah oleh pemimpin yg zalim... sehinggala nabi isa turun.. memerintah kita semua.. maka saya tidak hairan klu surat teguran saudara muizzuddin tidak diambil peduli oleh mereka..

    ReplyDelete
  12. ape2 pun, segalanya Allah lebih mengetahui..sekiranya benar apa y dilakukan datin menghabiskan duit sebegitu mudah, kita doakan beliau akan sedar, sekiranya beliau tidak melakukan, maka jatuh la fitnah..sesungguhnya fitnah itu lebih buruk dari membunuh.. nak komen lelebih tak boleh..sbb memang aku tak duduk sebumbung nagn datin..hehehe..bab menjatuhkan bile baca di komen2 surat tu..mmg tak berapa setuju la..apa yang dikata zalim?... kenapa harus umat islam menjatuhkan pemimpin umatnya sendiri?.. dah banyak Allah bagi contoh kat negara2 islam lain..kenapa harus kita jadi macam mereka?..menjatuhkan dan kite turut tersungkur?...ini yang dinanti oleh mereka yang bergelar musuh islam..seandainya kita menyayangi agama kite, memusuhi dan menjatuhkan umat sendiri bukanlah ajaran y diajar..semoga sesama muhasabah diri..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum,Subhanallah..Tersentuh n bangga aku dgn budak ni.Barulah ati aku lega masih ada anak muda yg berani kerana benar.Allahuakbar! Haa ko Rosmah apa persaan ko baca surat bdk ni?? Kalau ko x rase apa2,tu maknanya ati ko dah itam.Malaikat x usap ati org2 zalim ni... cuba ko bandingkan bdk ni dgn anak ko...uuiii..jauh panggang dri api,mcm langit dgn bumi.Macamana ko didik anak ko. Ko tngok mak dia pandai didik anak dia smpai boleh nasihatkan ko yg lebih tua bangka nih!!Muga ank aku jadi mcm bdk ni.Inshallah.Sejuk perut mak dia menggandungkan dia.

    ReplyDelete
  14. subahanaALLAH... moga ALLAh dgn kuasa nya yg tiada btasan akan membuktikan... saya sbgai anakmuda bangga dgn penulisan kamo... kamo menaikkan lagi smenagt cinta akan negara KAMI(PEMUDA) semua dan selurh rakyat yg cinta akan negara nye.. moga tuhan sentiasa membantu kita..

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. saya mintak izin copy surat ni nak masuk kat blog saye ek.. jomkomp.blogspot.com ..semoga Rosmah baca

    ReplyDelete
  17. anda sungguh berani.. kagum melihat semangat anda semoga ALLAH merahmati perjuangan ini... mmg benar apa yg dikatan

    ReplyDelete
  18. alhamdulillah.pertama kali saya terjumpa surat yang tegas dan direct to the point seperti ini, yang ditulis oleh remaja sebaya saya. I really hope Dato Seri Najib and Datin Seri Rosmah will read these two letters you wrote for them. walaupun hakikatnya, surat ini mungkin ditapis oleh pengikut2 mereka yang tidak mahukan apa2 kontroversi yang melanda kedua-dua pemimpin ini. nama baik memanglah nama baik, namun akhlak dan kebajikan juga perlu diambil kira bukan? semoga saudara Muizzudin Zaini akan terus berjuang di landasan Allah.

    ReplyDelete
  19. additional..Datin Seri pernah membeli barangan dari luar negara, China..maybe utk kegunaan sendiri, sbbnya Datin beli cadar dan mostly adalah brgn utk dlm bilik tanpa perlu membayar cukai krn ia di 'declare' atas nama kementerian. surat dr kementerian tersebut dikeluarkan untk pengecualian cukai ke atas brg2 tersebut.tetapi, penama atau konsaini utk brg2 tersebut adalah Datin Seri. bkn atas mn2 kementerian. ini adalah benar..

    ReplyDelete
  20. Semoga Allah menunjukkan jalan kebenaranNya! Allahuakbar!

    ReplyDelete
  21. 2,3 minggu ni banyak beno surat utk menteri...
    harap2 smpai betul la ke tgn pihak bkenaan..stakat smpai kat blog je,tak bkembang sgt.hehehehe

    ReplyDelete
  22. moga bik mama bace la surat ni. hurmm.

    ReplyDelete
  23. hadis nabi ada menyebut:di akhir zaman Allah akan mematikan para alim ulama' dan orang2 jahil akan naik sebagai pemimpin.

    ReplyDelete
  24. Wow..syabas adik..sungguh hebat minda walaupun masih muda..2 la usia bkn halangan kan untuk bersuara...kerana keberanian anda saya follow blog ni..hu3..

    ReplyDelete
  25. Sy anggap teguran ini penuh hikmah, dalam n pedih buat si Penerima. Anda bijak berkata-kata n hebat susunan ayatnya.. Usia seawal 18++ tahun, begitu hebat mengutarakan pelakuan Datin. Terbaek!

    ReplyDelete
  26. 100 000 1 malam.... memang sengaja maw kala kn artis oliwud.... bezanya artis oliwud guna duit sendiri... tpi ni duit rakyat... agak2 la wey...
    yg hal iff tu... semua org da suru dia apology tpi dia buat tk taw je
    btw.....very nice... harap sngt datin baca ye datin... ni mewakili suara semua rakyat

    ReplyDelete
  27. syabas dik.. sungguh bernas dan berani teguran yg adik utarakan.. teruskan usaha..pasti ramai yg mnyokong usaha adik.. =)

    ReplyDelete
  28. andaikata surat ni sampai ke tangan rosmah...aku bersyukur seribu syukur kehadrat Ilahi :)

    ReplyDelete
  29. betul sgt entry nih ^^
    semoga dia membacanya..
    bab kuasa tu memang setuju bangat..
    kdg2 pelik juga kenapa dia terlebih berkuasa utk meluluskan sesuatu project yg besar walhal kami hanya melantik suaminya sebagai pemimpin negara..

    ReplyDelete
  30. good and nice job.....semoga dia akn sedar segalanya suatu hr nnt..Insyaallah....teruskan perjuangan anda...

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum....

    Tahniah kerana berani menyuarakan pendapat yang sebenarnya ingin diluahkan oleh ramai lagi hamba Allah yang lain tetapi tidak seberani anda...Semoga Allah memberkati niat anda yang mulia itu...

    ReplyDelete
  32. ajar syafiq biar jd supo ore ats dio etep..

    ReplyDelete
  33. Anakanda..bunda sangat berbangga dengan keberanian dan kesungguhan anakanda untuk menegur dan mendakwahkan pemimpin kita..inilah cara yang terbaik, sangat berhikmah dan manis sebagai seorang anak kepada seorang ibu....

    Tanggungjawab sebagai seorang muslim adalah ingat mengingatkan..tegur menegur dan nasihat menasihati..dan terakhirnya kita doakan mereka2 yang tersesat jalan ini...
    Semoga akan memberi kesan kepada yang tertuju...dan timbul keinsafan kepada beliau dan semoga Allah memberikan hidayahNya dan membuka pintu hati mereka2 yang Dia kehendaki..aamien

    Salam dari bunda...

    ReplyDelete
  34. MasyaAllah..hebat nukilan adik Muizzudin..tahniah atas rasa, jiwa dan fikiran yang tulus..sungguh mengagumkan..bangga ada anak bangsa sperti kamu..dan kamu jugalah bakal pemimpin yg terbaik.. Alhamdulillah3x.. moga luahan itu memberi kesan yg positif pd insan yg berkenaan.. teruskan niat dan perjuang yg murni ini..beginilah ciri2 pejuang Islam yg berani dan bijak!..

    ReplyDelete
  35. saya sangat setuju dgn teguran anda yg begitu bernas!

    ReplyDelete
  36. Alhamdulillah, barakallah.
    Tahniah adinda Muizuddin.

    ReplyDelete
  37. saya sangat setuju dgn teguran anda yg begitu bernas dab berhemah!

    ReplyDelete
  38. hmm...jadi bila pilihan raya anda pilih siapa

    ReplyDelete
  39. betul apa yang dikatakan.usia bukan penghalang untuk anak muda bersuara.siapa lagi nak menegur kalau bukan rakyat kita sendiri.i salute u lahh orang muda yg berani kerana benar.BTW saya mohon copy ayat ini nak letak d blog . hidup anak muda !

    ReplyDelete
  40. lumrah hidup umat islam untuk saling mengingati antara satu sama lain. yang baik kita ambik sebagai panduan, yang salah biarlah jadi pengajaran agar sejarah tak berulang. tidak rugi dalam menyampaikan suatu pesanan atau teguran malah membawa kebaikan. yang penting, dalam memberikan nasihat atau teguran, mestilah dengan berhikmah agar si penasihat/penegur mendapat keredhaan Allah dan si penerima nasihat/teguran dapat menerima dengan hati yang terbuka... semoga Allah merahmati kita. insyaAllah...

    ReplyDelete
  41. aku slalu terpikir pasal isu2 trsbut tapi aku tak pernah suarakan.. thniah sebab brani suarakan..

    ReplyDelete
  42. siapa yang xbangga dengan apa yg anda perkatakan..
    anda bukan sajaha mengeluarkan suara hati anda,, malah kami juga berasa begitu,,terima kasih ..

    may Allah bless you always..

    ReplyDelete
  43. susah nak kata hal2 bini PM lgi tu

    ReplyDelete
  44. terharu + terkejut dengan luahan rasa ank muda tu .
    tapi sy sangat bangga dengan beliau sbb berani beri pandangan serta nasihat .
    btw , sy minta izin nak cOpy letak kt belog sy ea .

    ReplyDelete
  45. syabar anda kerana berani menjelaskan kebenaran.kita sumer adalah hak Allah,setiap manusia tidak pernah lekang drp melakukan kesalh.harap sumer kesalahan kita akan diampuni Allah S.W.T selagi pintu taubat masih terbuka.AMIN..

    ReplyDelete
  46. Alhamdulillah. aku jugak budak muda. nice letter. dan aku rasa, perlu ramai lagi orang muda yang bergerak macam ni. kita yang bakal mentadbir satu hari nanti, kalau tiada jiwa besar, maka, macam mana mahu memimpin. Tun Dr Mahathir sendiripun mula dengan usia muda, dan mula nampak kepimpinan nya dengan memberontak membetulkan yang salah. semoga saudara sukses menyampaikan isi hati saudara

    ReplyDelete
  47. well-written, nicely said! and berpuitis juga rupanya awak ni. :) u hv our voices!

    ReplyDelete
  48. Isi surat yang amat baik. Tahnian.

    ReplyDelete
  49. saksikanlah kebangkitan anak muda & rakyat Mlsia pd PRU13 nanti...surprise...

    ReplyDelete
  50. ini antara sebab perlunya suara muda , kita bukannya ibarat tunggul yang memerhati . tapi kita adalah pencetus inspirasi hasil cetusan idea daripada sesuatu keadaan yang asyik kita fikirkan .

    ReplyDelete
  51. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  52. subahanaallah..tersentuh hati membaca coretan ini..tahniah saudara.. =)

    ReplyDelete
  53. rosmah mansor tidak akan baca....kalau baca pun takkan berkesan di hati....bagai menuang air ke daun keladi....

    ReplyDelete