Wednesday, March 9, 2011

Bangkitnya ISLAM dan RAKYAT, umpama Air Mengalir!

Ia ibarat air mengalir. Tenang, damai, nyaman dan senyap. Ia mengalir turun ke lembah kejayaan, melepasi ratusan, bahkan ribuan halangan yang merentanginya.

Manusia-manusia Penguasa yang gila takhta, akan cuba merencatkan alirannya. Justeru, dihadang ‘air’ itu. Diempangnya mereka.

[Surah al-A'raf, 45]
"Iaitu mereka yang menghalang (dirinya sendiri dan juga orang lain) dari menurut jalan Allah, dan mencari helah menjadikan jalan itu bengkok terpesong, sedang mereka pula tidak percayakan hari akhirat." 

Air itu tidak diam. Sesekali tidak! Ia mengesamping ke kanan atau ke kiri. Mencari jalan untuk ia ‘meloloskan’ diri.

Mereka empang pula di kiri dan kanan!

Manusia Penguasa akan berterusan cuba menghalang. Mereka paksa, mereka kekang. Mereka cipta akta-akta yang membelenggu suara dan memenjara minda.



Kadang-kadang mereka pujuk, mereka rayu. Datanglah ‘gula-gula’ dan kerja-kerja ‘mee segera’ menjelang tempoh Undi Raya.

[Surah al-Qalam, 9]
"Mereka suka kalaulah engkau bertolak ansur (menurut kemahuan mereka), supaya mereka juga bertolak ansur berlemah-lembut (pada zahirnya terhadapmu)."

Mereka kelihatan berjaya. ‘Air’ itu tampak diam, tidak bergerak. Mereka bertepuk-tampar gembira, geger riuh satu dunia mereka menang lagi sokongan dan kekal menjadi pilihan rakyat.

Mereka tertipu sebenarnya!

[Surah Az-Zumar, 39]
"Katakanlah: "Wahai kaumku (yang masih berdegil dalam kekufurannya)! Buatlah sedaya upaya kamu (untuk menentang ugama Islam yang aku sampaikan itu), sesungguhnya aku juga tetap berusaha dengan bersungguh-sungguh (untuk mengembangkannya); kemudian kamu akan mengetahui kelak"

Air yang nampak tenang itu, hakikatnya sedang mengumpul kuasa. Biarpun empangan yang menghalang berjaya membatasi gerakannya, namun ia berhimpun. Ia berhimpun, berhimpun dan berhimpun. Terus berhimpun, menambah tenaga dan momentumnya.

Hinggalah suatu ketika, air itu MELEDAK! Waktu itu, apa jua cara tidak mampu menghalang, tidak akan berjaya mengekang. Ia merobohkan tembok-tembok binaan manusia Penguasa itu dengan sekali lalu! Ia mengheret mereka sama, menenggelamkan mereka, melemaskan mereka sekali dengan timbunan-timbunan harta yang mereka kumpul waktu di puncak takhta. 

[Surah al-Qamar, 45]
"Kumpulan mereka yang bersatu itu tetap akan dikalahkan dan mereka pula akan berpaling lari"



"Itulah nanti, Kebangkitan ISLAM dan kemenangan RAKYAT!!"

2 comments:

  1. Air takkan penuh sendiri kalau tidak diisi atau tidak hujan,, Itulaah ibaratnya, tanpa usaha perjuangan Islam, tidak mungkin air itu penuh sendiri, tidak mungkin air itu mampu "menolak", bahkan mungkin air itu kering dengan sinaran matahari... Oleh itu, perlu bagi KITA yg diberi oleh ALLAH nikmat SEDAR untk "mengisi air" (berjuang) dan bertawajjuh kpd Allah supaya hujan(pertolonganNya) turun dengan lebatnya bagi melawan tentera musuh seterusnya MELEDAK, terncapailah Kebangkitan dan Kemenangan Islam.....

    sekian tambahan yg lemah..
    dri aku yg lemah di sisi Allah...

    ReplyDelete
  2. wahai saudaraku..aku menangis apabila aku mengenangkan kata2 mu...ia menusuk hatiku..bolehkah saya bertemu kamu wahai saudara muizzudin??perkenalkan diriku...Yutaka@Aiman

    ReplyDelete