Saturday, January 8, 2011

Maahad Perlukan Ruuhul Jadid!

Seandainya Allah mengizinkan Maahad bersuara, saya yakin ia sedang meraung-melaung sekarang. Raungannya pasti sekeras laungan Malaikat-malaikat tatkala memusnah kaum-kaum terdahulu.

Maahad kekal diam membisu begitu. Ia tidak melaung dan meraung.

Kadang-kadang saya punya peluang, untuk merehatkan minda dan ‘lari’ sedikit daripada kekalutan dan kegawatan akibat himpitan masa. Ada ketikanya saya penuhi ruang senggang ini dengan berjalan dalam pekat malam, ‘bertawaf’ sekeliling Maahad. Hati saya berbisik-bisik, bahawa tempat ini akan ia tinggalkan. Akan terpisah, berjauhan..

Ketika saya berjalan mencari damai di celahan bangunan Maahad, saya dapat rasakan ianya ‘menjerit’. Bukan! Ia sedang ‘mengongoi kesedihan’, umpama bayi yang ditinggalkan ibu tatkala kelaparan. Ia sedang merengek, menangis penuh hiba..

Atau.. apakah ianya jeritan batin saya? Apakah ianya sebenarnya, suara hati saya yang terpendam sekian lama. Hati yang ‘melihat’ dengan jelas, bahawa Maahad kini sedang ‘meruntuh’ menjadi puing-puing.

“Mengarutlah!! Maahad tidak runtuh! Ia kekal utuh di situ, dicat baru malahan. Ia baru sahaja memenangi anugerah bahkan!”

Siapa kata Maahad tidak meruntuh!?

Masjid Aya Sofia, Istanbul, Turki. Ia pernah ‘dianugerahkan’ sebagai kandang paling selesa untuk kuda-kuda kesatria Nasrani, waktu mereka menguasai Konstantinopel.. suatu ketika dahulu..

Masjid Al-Aqsha. Ia dibakar! ‘Maruah’nya dirobek dan dinodai oleh tangan-tangan zalim Zionis Israel. Mereka membakar, memusnah, menghancur dan meruntuh Al-Quds tercinta. Bergenangan darah para syuhada’ di tangga-tangga al-Aqsha demi mempertahankan kesuciannya.

“Barangsiapa yang mahu berSolat Jumaat, hendaklah mereka berumur 40 tahun ke atas dan mempunyai kad pengenalan khas!”, jerkah Si Zionis yang mengepung al-Aqsha.

Remaja seusia saya, mengepal penumbuk di sekeliling al-Aqsha sambil berkira-kira menunggu tika askar-askar Zionis itu terleka, agar boleh mereka ‘hidang’kan tentera-tentera itu dengan lontaran batu berbisa!

Di sekeliling al-Aqsha, berdiri megah kuil-kuil baru Yahudi. Tegaknya diiringi linangan darah dan air mata para syuhada’ yang merusuh menunjuk rasa. Lagi sinagog dibina, terus dibina.. lagi air mata dan darah syuhada’ mengalir..

Masjid Islah! Bagaimana ia?”

Ia tidak terkepung oleh tentera, tidak pula di’naik taraf’ sebagai kandang kuda. Namun, ia terbiar sepi.. Cat putihnya, yang bergemerlapan dilihat dari kejauhan tatkala disuluh terik mentari.. kian lusuh dan terpokah. Tiada yang peduli.

Tatkala sekolah diberi wajah baru, masjid kekal dengan wajah lamanya begitu.

Guru-guru bermesyuarat. Pening kepala mereka, memikirkan mengenai langkah dan usaha dalam menggalak dan mendesak pelajar mengekalkan prestasi akademik sekolah. Berbahaslah mereka, mengenai bermacam-macam denda dan ancaman mahu dikenakan atas sesiapa yang didapati gagal hadir ke kelas tambahan.

“Tak hadir ke masjid bagaimana!? Siapa yang peduli!?”

Berulang kali.. kami pohon tenaga dan masa, sang guru untuk bersama, dalam berhadapan dengan pelajar-pelajar liat solat, maka apa jawapan yang kami terima?

Akhirnya, sang guru bersetuju. Mana mungkin dipelihara prestasi peperiksaan sedangkan hubungan dengan Allah diabaikan. Maka merancanglah mereka, munajat besar-besaran bersama tokoh besar negara.

“Solat saban hari ditinggalkan! Diabaikan! Tidak diambil penting! Maka, bagaimana munajat sejam dalam keadaan terpaksa -kerana kehadiran diambil kira- itu, upaya untuk mengubah hati dan jiwa sang pelajar!?”

Salah gurukah segala masalah ini?

Bukan saya yang layak menjawabnya, mereka sendirilah yang lebih mengetahui.

Mana MPP? Ahli Majlis Perwakilan Pelajar, pelajar paling ‘berkuasa’ di Maahad? Oooh, sibuk.. mereka sibuk..

Dalam jadual, ada perlawanan boling di KB Mall, demi mengeratkan silaturrahmi antara mereka dan guru-guru kesayangan mereka. Justeru, mereka harus bersedia. Pakaian mesti yang sepatutnya, seluar jeans, t-shirt berjenama.

Kopiah?

“Isy, jatuh standard MPP pakai kopiah di KB Mall!”

Esok bagaimana pula? Sibuk lagi, ada lawatan pula. Lusa? Sibuk lagi, ada sambutan keraian di sekolah pula. Tulat, sibuk.. sibuk.. sibuk.. DENGAN SUKARIA!!! Jadual penuh dengan acara ‘bertepuk tampar’ bersama guru-guru yang senada dengan mereka.. SUKA.. SUKA.. SUKA..

SAMPAI BILA!!?

Sampai bila Maahad akan kekal begini?

Betapa ia kini, menangis penuh hiba, mendesak kekuatan baru, untuk menghidupkannya, dengan ruh Islami.

Ia perlukan kekuatan baru. Kekuatan kepimpinan pelajar yang penuh siaga dan waspada. Kekuatan yang terhasil, daripada muraqabah dengan Yang Maha Kuasa dan Perkasa.

Ia perlukan Ruuhul Jadid. Ia menanti Jilul Nasril Masyud. Ia menanti Jilul Hawaariyyin. Ia menanti Jilul Mujaddidin.

Ia menanti kalian semua, wahai pelapis pejuang muda. Wahai si mata rantai baru perjuangan Islam, dengarlah rintihan hati ini.. juga rintihan Maahad. Kami ternanti-nanti pewaris perjuangan kami, yang bisa menggegar kembali Maahad!

Waspadalah kalian, umpama pasukan Murabithun Kata’ib Al-Qassam, HAMAS yang berterusan berjaga malam, memerhati dan menanti kedatangan tentera Israel sambil bibir basah mengulang zikruLlah dan KalamuLlah di persempadanan.

Bersiagalah kalian, umpama pasukan Istisyahidiyyun Kata’ib Al-Qassam, HAMAS yang sentiasa redha menanti arahan, bila sampai waktu untuk menghidupkan suis peledak bom yang terpasang di tubuh sendiri.

BERSIAGALAH KITA.. Kembalikan Maahad ke takah gemilangnya!!!

0 comments:

Post a Comment