Saturday, January 8, 2011

Himpunan Bantah IFF & Aurat ; Introspeksi!


AlhamduliLlah, Himpunan Pelajar Membantah IFF dan Aurat tempoh hari, mendapat respon baik daripada Pentadbir terutamanya, dan ramai pihak. Memorandum telah selamat disampaikan dan nampaknya, pentadbir juga melihat isu ini penting, terutama mengenai isu Aurat. InsyaAllah, janji Pentadbir sudah kita terima, untuk bersama-sama memperbaiki keadaan ini.
Kami cuma bersedih dan kecewa, kerana kami turut mendapat respon negatif hasil himpunan tersebut. Bukanlah merajuk dan lemah tidak boleh menerima pandangan kontra, kami cuma melihat ada sesetengah pandangan negatif yang tidak PERLU (not necessary). Kami kecewa dengan kegagalan sesetengah pihak untuk ‘melihat’ dengan jelas.
Umpamanya, mengapa perlu diperbincangkan mengenai siapa yang mengetuai himpunan tersebut. Sampai ke pengetahuan kami, ramai asyik berbincang, apakah yang mengetuai himpunan tersebut, Pengerusi BALKIS ataupun Presiden MPP.
Apa perlunya dibincangkan soal ini? Bukankah terang-terang, 4 orang pimpinan tertinggi pelajar MML, bersama-sama menyerahkan memorandum tersebut kepada Tuan Pengetua, al-Fadhil Ustaz Azhar Salleh. Dan memorandum tersebut ditandatangani oleh 5 orang pimpinan tertinggi pelajar iaitu Presiden MPP sendiri, saudara Ahmad Adib Mukhtar, Timbalan Presiden merangkap Pengerusi Dhobit, saudara Muhammad Hanif Najmuddin, Naib Presiden I merangkap Pengerusi BALKIS, Ahmad Izzat Irfan, Naib Presiden II merangkap Ketua Umum Asrama, saudara Abdullah Zamri dan Naib Presiden III merangkap Pengerusi Badan Bimbingan Kaunseling & Kerjaya, saudara Nik Muhammad Farhan (yang tidak dapat hadir kerana urusan di luar sekolah).
Perlukah ia dibincangkan?
Kami juga teramatlah hairan, bagaimana boleh ada 2 3 kerat ahli MPP, yang membantah Himpunan ini dengan alasan tidak melalui dan mendapat kebenaran MPP. Habis, Presiden MPP yang berdiri melaung takbir dan menyampaikan ucapan di hadapan pejabat itu siapa!? Kalaulah kehadiran Presiden MPP sendiri tidak membawa sebarang makna, maka kita buangkanlah jawatan tersebut. Ia tidak membawa sebarang makna kalau begitu!
Kami rasakan, terlebih penting untuk kita cuba mengerti apa yang cuba kami sampaikan. Selain daripada menyatakan bantahan tegas terhadap penganjuran IFF yang terang dan jelas memfitnah Islam, kami juga menegaskan kewajipan memelihara aurat sesuai dengan batas syariat Islam. Kami tidak bersuara untuk suka-suka. Kami melihat soal ini kian longgar, bahkan di dalam Maahad sendiri.
Seandainya kita berusaha memenangkan Islam dan mengangkat Islam ke negara dan dunia, maka kita mulakan dahulu di institusi sekolah kita. Kerana kelak, remaja-remaja inilah yang bakal memimpin negara. Justeru, wajarlah kita perteguhkan kefahaman, mengenai ketinggian dan kepentingan syariat Islam. Agar nanti, mereka mengerti mana yang sepatutnya didahulukan, InsyaAllah..!
Maafkan kami atas sebarang kesilapan, tetapi.. kami TIDAK AKAN SESEKALI MEMOHON MAAF andai kiranya ada yang ‘terasa’ dengan teguran kami. Kerana kami menyatakan hanya yang benar. Kami tidak akan memohon maaf untuk itu, kerana kami yakin dengan Da’wah kami. Tetapi, andai benar-benar ada yang tersalah, kami pohon maaf untuk segala kesilapan..
Firman Allah di dalam Surah al-Maidah, ayat 2 :
Yang bermaksud : Hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.
Firman Allah lagi di dalam Surah al-Asr, ayat 2 dan 3 :
Yang bermaksud : Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian (2) kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula BERPESAN-PESAN DENGAN KEBENARAN serta berpesan-pesan Dengan sabar (3).
WaLlahua’lam..

0 comments:

Post a Comment