Saturday, January 8, 2011

BALKIS : Berubah untuk Kemenangan Islam


“Berbesar hati kami, menerima ziarah Presiden GAMIS, Abang Syazwan Hasssan dan Abang Saiful Rahman tempoh hari. Banyak sekali pelajaran yang kami perolehi, meski pertemuan berlangsung hanya dalam tempoh yang singkat.”

Juga setinggi-tinggi kesyukuran, sama-sama kita panjatkan ke hadrat Allah SWT, atas limpahan rahmat dan kasih sayangNya, hinggakan BALKIS hari ini, berdiri atas kejayaan-kejayaan yang hebat.

Bermula daripada kejayaan mengurus Usrah, (yang buat pertama kalinya dalam tempoh 5 tahun), berjalan dengan hebat dan menunjukkan kesan. Aktiviti-aktiviti dan program yang berjalan di atas perancangan yang tersusun. Kejayaan menganjurkan Ijtima’ Kepimpinan Pelajar peringkat Negeri Kelantan yang julung-julung kalinya diadakan sebegitu rupa. Seterusnya, menjadi tulang-belakang jawatankuasa penaja Gabungan Kepimpinan Pelajar seluruh Negeri Kelantan. Tiada kata selayaknya melainkan, AlhamduliLlah. Inilah kasih sayang yang Allah limpahkan kepada kita, memilih kita untuk mencapai kejayaan-kejayaan tersebut dalam perjalanan Da’wah ini.

Kita juga melihat, kejayaan demi kejayaan Islam di peringkat glokal dan global. AlhamduliLlah..

JANGAN MUDAH BERPUAS HATI
Tetapi sahabat-sahabat sekalian, usahlah kejayaan ini semua mengaburkan pandangan kita, daripada melihat jauh ke hadapan dan hakikat sebenar perjuangan ini, yang jauh dan luasnya saujana mata memandang. Kejayaan kita capai ini, tidaklah melainkan hanya sedikit berbanding matlamat sebenar kita, kemenangan Islam.

Imam Jalaluddin as-Suyuthi dalam Lubabun Nuqul fi Asbabin Nuzul mendatangkan kisah yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, Tirmizi, Ibnu Hibban, al-Hakim dan yang lainnya, bersumber daripada Abu Ayyub al-Ansari. Menurut Tirmizi, ia sahih :

Ketika Islam telah menang dan berlimpah pengikutnya, kaum Ansar berbisik sesama mereka, “Harta kita telah habis dan Allah telah menjayakan Islam. Bagaimana sekiranya kita membangun dan memperbaiki ekonomi kembali?”.

Sebagai teguran kepada mereka, supaya tidak menjerumuskan diri kepada Tahlukah iaitu meninggalkan kewajipan fi sabiliLlah dan berusaha memupuk harta, maka turunlah ayat ini, ayat ke 195 daripada Surah Al-Baqarah :

(#qà)ÏÿRr&ur Îû È@Î6y «!$# Ÿwur (#qà)ù=è? ö/ä3ƒÏ÷ƒr'Î/ n<Î) Ïps3è=ök­J9$# ¡ (#þqãZÅ¡ômr&ur ¡ ¨bÎ) ©!$# =Ïtä tûüÏZÅ¡ósßJø9$# ÇÊÒÎÈ  

Yang bermaksud : dan belanjakanlah (Apa Yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke Dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya Segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berusaha memperbaiki amalannya.

Sahabat-sahabat seperjuangan, ‘tahlukah’ untuk kita ialah MERASA PUAS HATI DENGAN PENCAPAIAN KITA DAN TIDAK BERSUNGGUH UNTUK MENERUSKAN USAHA. Ketahuilah yang jalan kita masih jauh sebenarnya, dan kejayaan kita capai itu, sedikit benar nilainya dibandingkan dengan hakikat sebenarnya.
                                                                                      


Masih banyak, masalah-masalah yang kita perlu hadapi dalam usaha Da’wah dan Tarbiyyah di Maahad. Bermula dengan Usrah yang masih lagi tidak berjaya untuk kita jalankan di semua peringkat, akhlak dan disiplin yang masih belum memuaskan, hinggalah kepada intima’nya pelajar-pelajar Maahad dengan perjuangan Islam.
Semua ini menuntut kita, terutamanya BALKIS untuk meneruskan langkah, memperbaiki kelemahan-kelemahan sebelum ini dan mempelbagaikan pendekatan.

MATLAMAT
Sejak dahulu, hingga kini, BALKIS meletakkan matlamat untuk melahirkan generasi Muslim Hakiki. Sahabat-sahabat sekalian, pernahkah kita tanyakan diri, bagaimanakah keadaan Maahad sekiranya matlamat ini berjaya? Pernah bayangkan? Cubalah bayangkan.

Apakah matlamat itu tercapai apabila hukum Islam tertegak di Maahad? Bukannya ada kerajaan dan mahkamah pun di Maahad.

Atau pelajar memberi salam kepada guru-guru setiap kali terserempak dalam kawasan sekolah? Bukankah itu yang sudah terjadi di Maahad, dan kebanyakan sekolah bahkan?

Disiplin dan akhlak meningkat ke tahap yang memuaskan? Apakah sekadar itu kejayaan yang kita harapkan?

Dan apakah kejayaan itu kita berjaya capai, sekiranya seluruh Maahad dihuni oleh ‘Muslim Hakiki’? Apakah ciri-ciri Muslim Hakiki yang kita maksudkan? Dan apakah mesti keseluruhan Maahad? Bukankah fitrah, setiap tempat akan mempunyai dua unsur yang berbeza? Bolehkah kita jadikan seluruh Maahad begitu (Muslim Hakiki)?

BALKIS sepatutnya, meletakkan satu matlamat yang kita boleh NILAIkan. Lalu, kita mampu untuk mengetahui apakah kita telah mencapai matlamat, ataupun berMuhasahabah sekiranya kita masih gagal.

Fahami maksud saya. Saya tidak bermaksud menolak matlamat BALKIS sedia ada. Tidak memaksa pimpinan sekarang untuk mencari satu matlamat baru yang boleh dikira-nilai dengan kalkulator.

Yang saya harapkan, agar kita sama-sama dapat MENGHALUSI DAN MENGERTI MATLAMAT KITA. Agar kita nampak dengan jelas, ke mana hala tuju sebenar kita, lantas membuahkan idea-idea untuk usaha dan gerak kerja ke arah mencapai matlamat kita. Kita tahu yang mana Matlamat, yang mana Usaha. Kita mengerti mana satu Wasilah, dan yang mana Maqasidnya.

Ini penting, supaya kita boleh memahami dan menyusun INPUT, PROCESS dan OUTPUT.

Sebelum ini, kita berada di awang-awangan. Gerak kerja kita, kadang-kadang tak lebih daripada sekadar memenuhi masa dan mematuhi MBO.

“Maka, sahabat-sahabat seperjuangan, mari kita BERUBAH untuk Kemenangan Islam!”







PENDEKATAN

Ustaz Fathi Yakan rahimahuLlah, dalam Al-Isti’ab fi Hayaati Da’wah wa Da’iyah, menegaskan :

“Penguasaan (Isti’ab) yang saya maksudkan ialah kemampuan para penda’wah untuk menarik orang ramai dan memperkembangkan mereka sekalipun mereka itu terdiri daripada pelbagai bentuk mentaliti, kecenderungan, status dan ilmu pengetahuan yang tida sama”.

“Daie yang berjaya ialah Daie yang mampu mengharung dan mempengaruhi semua manusia dengan fikrah dan da’wahnya sekalipun orang ramai itu terdiri daripada pelbagai bentuk keadaan”.

Jelas Ustaz Fathi Yakan, “Penguasaan membawa erti kemampuan peribadi, kemampuan dari sudut akhlak, keimanan dan anugerah Allah yang dapat menolong para duat dan menjadikan mereka sebagai menara hidayah dalam masyarakat mereka. Juga dapat menjadikan mereka pusat tumpuan bagi orang yang berada di sekeliling orang ramai sehingga orang ramai mengelilingi mereka”.

Mari kita Introspeksi diri, apakah Da’wah kita di tahap ini?

Ingatlah, Ustaz Fathi Yakan dengan tegas menyebut, “Tanpa kemampuan penguasaan ini, DAIE BELUM WUJUD DAN DA’WAH BELUM BERLAKU!

Untuk BALKIS pula, secara mudahnya kita dapat katakan bahawa, kita masih lagi di tahap hanya ‘memberi’, tanpa menerima kembali hasil yang sewajarnya.

Gerak kerja kita masih lagi belum mendapat sambutan. Ceramah-ceramah, program dan Usrah yang tertumpu kepada pelajar menengah rendah, seolah-olah pelajar menengah atas tidak perlu terbabit lagi dengan Tarbiyyah. Banyak lagi yang masih tidak memberi kesan menyeluruh, sambutan yang ‘biasa-biasa’ dan sebagainya.

Ini bermakna, Da’wah kita masih lagi tidak mampu memberi pengaruh dan kesan yang maksimum.

Justeru, kita perlu berMUHASABAH.

KAJI SELIDIK dan KENALPASTI
BALKIS mesti menggunakan sepenuhnya Lujnah Penyelidikan & Kajian Strategik. Kita mulakan dengan kaji selidik supaya kita boleh mengukur kemahuan dan keperluan Ma’du untuk disesuaikan dengan gerak kerja kita. Barangkali, elok sahaja diadakan satu Kaji Selidik secara menyeluruh yang melibatkan seluruh warga Maahad dengan Person in Charge-nya ialah Lujnah PKS awal tahun depan.

Kemudian, hasil kajian tersebut kita olah untuk diatur dalam analisis SWOC. Hasilnya, InsyaAllah, kita boleh gariskan dengan baik, mana satu INPUT dan OUTPUT serta pendekatan dan cara bagaimana untuk dijadikan PROCESS. Kita akan dapat mengesan punca sebenar masalahnya, kerana kita sekarang kerapkali terleka dan disusahkan dengan masalah remeh, yang sebenarnya tidak memberi kesan.

Jangan terkejut, cerita Abang Syazwan kepada saya, di Universiti Malaya, ada Usrah yang dipanggil Usrah Wonderpet. MasyaAllah, kreatif sungguh abang-abang kita untuk membawa Islam!




Mengapa perlu kita mengubah pendekatan dan menyesuaikannya dengan keadaan? Firman Allah SWT di dalam Surah An-Nahl, ayat 125 :

äí÷Š$# 4n<Î) È@Î6y y7În/u ÏpyJõ3Ïtø:$$Î/ ÏpsàÏãöqyJø9$#ur ÏpuZ|¡ptø:$# ( Oßgø9Ï»y_ur ÓÉL©9$$Î/ }Ïd ß`|¡ômr& 4 ¨bÎ) y7­/u uqèd ÞOn=ôãr& `yJÎ/ ¨@|Ê `tã ¾Ï&Î#Î6y ( uqèdur ÞOn=ôãr& tûïÏtGôgßJø9$$Î/ ÇÊËÎÈ  
Yang bermaksud : Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.

Saya beri sifir mudah mengenai Da’wah kita, “Kita beri apa yang mereka  perlu, dengan cara yang mereka mahu”. Bukankah sudah banyak program yang kita aturkan untuk sahabat-sahabat kita? Tetapi mengapa ia masih lagi tidak memberi kesan yang maksimum? Ini bermakna ada sesuatu yang kita patut ubah mengenai Pendekatan Da’wah kita. Bukankah Da’wah tidak terikat dengan program, usrah dan sebagainya. MUNGKIN KITA PERLU MENGUBAH BENTUK program dan usrah tersebut.

Masyarakat terutama pelajar Maahad sendiri sekarang, mengalami banyak perubahan. Baik benarlah kiranya, jika kita dapat menyesuaikan pendekatan kita seiring dengan peredaran masa dan keadaan. Agar kelangsungan dan relevansi Da’wah Islam terus membugar, tidak jumud dan beku.

“Moga-moga Islam akan terus bangkit menuju kemenangan. Moga usaha kita dikira Allah sebagai amal saleh yang akan memandu dan menemani kita di hadapan pengadilanNya kelak. InsyaAllah, semoga berjaya kalian dalam setiap usaha. Yakinlah kalian berada di jalan kebenaran, dan Allah pasti akan membantu kalian, InsyaAllah..!”

0 comments:

Post a Comment