Saturday, January 8, 2011

Apa yang Kupinta


Tiada lain yang kupinta
Selain mati di tanah airku
Hancur menjadi tanah
Menyuburkan rumpai
Memberi nyawa
Kepada sekuntum bunga
Yang akan dipetik
Seorang kanak-kanak tanah airku

Apa yang kupinta
Adalah untuk terus
Bersama tanah airku

Sebagai tanah
Rumpai
Sekuntum bunga

Bingkisan ini milik seorang wanita kelahiran Palestin, Fadwa Touqan. Banyak kali beliau meringkuk di sebalik jeriji besi Zionis, kerana kesungguhan dan usaha memperjuangkan kebebasan al-Quds, khasnya dan Palestin, umumnya.

Bingkisan ini cukup untuk membuktikan, betapa dia rela menggadai nyawa demi kebebasan tanah air tercinta. Bukan sedikit, semangat juang yang dibangkitkan Fadwa khasnya dalam kalangan Muslimat Palestin.

Kata Moshe Dayan, bekas Menteri Pertahanan Israel, puisinya SAMA BAHAYA DENGAN 20 ORANG KOMANDO TERLATIH!

“Perhalusilah, jangan hanya dengan mata.. sertakan sekali HATI..”


0 comments:

Post a Comment